Masakan Ala Thai
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dua minggu lepas admin telah pergi makan ke sebuah Restoran yang terkenal terletak di Bandar Casia, Simpang Ampat. Restoran ini terkenal dengan masakan Thainya yang sangat sedap hingga menjilat jari nyum nyum. Restoran ini pernah dilewati oleh Program 'Jalan-Jalan Cari Makan' di Tv3. Oleh sebab itu, Admin sekali lagi pergi makan bersama family admin di Restoran itu. Alhamdulliah, rasanya memang sedap seperti haritu Huhuhuu.
Jadi harini ini admin akan berkongsi sedikit tentang masakan tomyam ala thai yang sedap dan lazat 😍. Jadi makanan yang admin akan kongsikan kepada semua ialah:
-Tomyam
-Kailan Ikan Masin
-Telur Dadar
-Sotong Goreng Tepung
-Daging Masak Merah
-Nasi Putih
First of all, admin akan terangkan sedikit tentang sejarah Tomyam yang sedap ini. Sebabnyanya, nak makan tu kena lah tahu dari mana datangnya makanan tu. Barulah rasa berilmu sikit hahahaha😃. Tomyam adalah nama bagi hidangan sup atau kuah yang berasal dari Thailand dan Laos. Tomyam biasanya dimakan bersama nasi putih dan telah berkembang luas di negara jirannya iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan banyak lagi.
1/4 ekor ayam – potong kecil2
Okay admin nak rehat jap. Kita sambung di blog yang seterusnya iaitu Masakan Ala Thai Part 2. Dedaaa👋👋👋
-Tomyam
-Kailan Ikan Masin
-Telur Dadar
-Sotong Goreng Tepung
-Daging Masak Merah
-Nasi Putih
First of all, admin akan terangkan sedikit tentang sejarah Tomyam yang sedap ini. Sebabnyanya, nak makan tu kena lah tahu dari mana datangnya makanan tu. Barulah rasa berilmu sikit hahahaha😃. Tomyam adalah nama bagi hidangan sup atau kuah yang berasal dari Thailand dan Laos. Tomyam biasanya dimakan bersama nasi putih dan telah berkembang luas di negara jirannya iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan banyak lagi.
Tomyam ayam dihidang dengan kemas dan lazat dimakan
Tomyam memiliki rasa yang tersendiri iaitu rasa pedas dan masamnya yang berlainan dan dapat menarik citarasa pemakannya untuk merasainya sekali lagi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek. Tomyam biasanya dihasilkan bersama ayam, udang, sotong dan sebagainya. Penambahan ini dapat melazatkan lagi rasa tomyam dan juga dapat mengenyangkan pemakannya. Masakan tomyam ini selalunya dibuat dengan kandungan yang pekat dan rasa masam pedasnya yang sangat memukau. Kebanyakkan masakan tomyam sekarang mempunya rasa yang hampir yang hampir sama. Hal ini kerana, mereka tidak menggunakan perencah asli yang digunakan oleh orang terdahulu. Even though, it still sedap dan memukau selera admin😋😋.
Okay sekarang tibalah masanya untuk penyediaan makanan dan cara memasaknya. Teng Teng Teng.
Bahan – Bahan : (Untuk 4 orang makan)
Bahan A – Kisar
4 biji bawang merah
1 biji tomato
1 batang serai
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)
Bahan B
1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 sudu perencah tomyam – saya guna sudu ikea
2 sudu perencah tomyam – saya guna sudu ikea
Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air – saya guna 2 bekas shaker shaklee tu je, lebih kurang 1L
garam & gula

Cara – Cara :
- Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
- Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
- Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
- Siap untuk dimakan.
Mudahkan…
Tips :
Masukkan tomato ketika mendidih yang terakhir, biar untuk beberapa saat sahaja. Kalau lama sangat nanti tomato akan hancur dan lembik.
Jangka masa untuk masak tomyam ni lebih kurang dalam 15 minit je. Memang jimat masa dan tenaga. Semua benda ada dalam 1 mangkuk. Masak nasi lagi lama daripada masak tomyam.hehee.
Ohhh ye, lupa pula. Kalau rasa pekat sangat, anda boleh tambah air lagi. Tapi lagi pekat, lagi sedap..terangkat gittew

Okay, sekarang mari kita proceed kepada masakan ala Thai yang ada hubungan dengan tomyam iaitu sayur kailan ikan masin. Kailan atau gai-lan dalam bahasa kantonis adalah brokoli cina atau kale cina yang banyak digunakan untuk membuat sayur kailan ikan masin. Sayur kailan mempunya vitamin K dimana ia banyak membantu dalam pembekuan darah semasa luka. Sayur ini banyak terjual dipasar dan mudah untuk didapati. Sayur kailan ikan masin dibuat dengan ikan tenggiri masin. Hal ini dapat melazatkan lagi rasa kuahnya dengan rasa masinnya. Dengan campuran tomyam dan sayur kailan ikan masin ini, confirm gugurnya bulu dikaki hahahaha. Sedap sangat. Admin dapat bayangkan kesedapan tomyam ni huhuhuhu.
Kailan ikan masin. Sangat menyelerakan bukan.
Bahan-Bahan:
- 1 ikat sayur kailan
- 3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
- 4 biji cili padi, ketuk
- 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar minyak
- garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
- Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
- Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
- Angkat dan hidang.
Comments
Post a Comment