CHAR KUEY TEOW
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jumaat, 2 March 2018 Admin sempat singgah di sebuah gerai yang terletak disebelah jalan raya Simpang Ampat, Pulau Pinang. Suasana disitu sangatlah meriah dengan adanya lampu warna warni yang menerangi kegelapan malam serta orang ramai yang datang untuk makan masakan char kuey teow. Masakan Char Kuey Teow itu telah dibuat oleh dua orang pemuda yang bernama Hadi Aiman dan Najmi . Walaupun, gerai mereka tidak besar tetapi mereka telah berjaya menarik ramai pelanggan pada setiap malam.
Tidak dinafikan masakan Char Kuew Teow mereka sangatlah sedap😋😋. Admin sempat bertanya kepada mereka tentang resepi dan cara masakan mereka. Tapi, biasalah takkan mereka nak beritahu 100% semuanya. Hahahaha😃. It okay, admin still know how they do. Jadi harini admin akan kongsi sedikit tentang cara untuk membuat masakan Char Kuew Teow yang sangat sedap pap pap dan menyelerakan.
Nyam nyam nyam. Sedap bukan
But first, Char Kuew Teow? sape tahu dari mana datangnya nama Char Kuew Teow ni? Haaa, so sebelum nak masak tu kita kena tahulah dulu sejarah tentang Char Kuew Teow."Char Kway Teow" merupakan terjemahan mengikut dari Bahasa Cina "炒粿條", berkenaan sesuatu yang diucapkan oleh Min Nan di mana merupakan bahasa variasi dari Bahasa Cina. Dengan betulnya, "炒粿條" disebut dalam chha-koe-tiau di Min Nan, dan cháo guǒtiáo di Mandarin.
Char Kway Teow merupakan mee yang sangat popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada mee beras yang leper, digoreng dengan haba yang tinggi dengan sos kacang hitam, cili, udang, kerang, telur, dan kacang taruk. Kadang- kala beberapa keping daripada “Chinese sausage” dan kek ikan dimasukkan. Dalam bahagian-bahagian lain di Malaysia, seperti Miri di Malaysia Timur, bahan-bahan tambahan mungkin termasuk daging lembu, bawang, kicap manis, dan lain-lain Versi char koay teow yang disediakan oleh orang Islam di Malaysia akan menyisihkan lemak babi dan mungkin termasuk sos soya tambahan dan rempah dan penggunaan lebih luas lebar mi beras rata. Terdapat juga pelbagai vegetarian yang mungkin atau tidak mungkin termaksud telur.
Okay sekarang mari kita proceed kepada masakan Char Koew Tiaw
Resepi Char Kuey teow
- 200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
- 1 sudu makan cili kisar
- kerang ( tak de… so tak buh)
- taugeh dan kucai
- 1 biji telur
- 4 sudu besar paste char kuey teow
Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4 sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar aaa...
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh. Kasi ketuk2 sikit kuali tu biaq happening skit hehehe.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat,nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb char kuey teow ni cepat meresap
Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......
~Char kuey teow ni kalau nak sedap siapkan pastenya lebih awal. Maknanya jgn nak masak kul 8 mlm, 7.45mlm korang baru nak buat paste ni. Masak la awal sejam ke, tak pun awal sehari ke. Tak pe lagi awal pun sebab pasni bleh disimpan lama dalam peti
~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar tp actionnya macam siput, gerenti hangus ler kuey teow korang tu...... huhuhu
~Char kuey teow ni kalau nak sedap siapkan pastenya lebih awal. Maknanya jgn nak masak kul 8 mlm, 7.45mlm korang baru nak buat paste ni. Masak la awal sejam ke, tak pun awal sehari ke. Tak pe lagi awal pun sebab pasni bleh disimpan lama dalam peti
~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar tp actionnya macam siput, gerenti hangus ler kuey teow korang tu...... huhuhu
Comments
Post a Comment