Resepi Nasi Briyani Daging

Nasi Briyani Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia ResepiKitaOnline. Today, admin akan share resepi nasi yang sangat sedap dan disukai oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Nasi Briyani Daging.



Okay, first of all admin akan share serba sedikit sejarah atau asalnya nasi briyani ni.  Nasi Biryani (بریانی ) atau Briyani atau Biriani (beriani) adalah hidangan berupa nasi basmati biasanya dari beras yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran, atau daging.



Di Malaysia dan Indonesia, hidangan ini disebut dengan tambahan kata nasi (nasi briyani, nasi briani, atau nasi beriani). Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, beryā(n) (بریان) yang berarti goreng atau panggang.
Pelancong dan pedagang Parsi memperkenalkan cara memasak beriani kepada orang India dan Pakistan. Hidangan ini tidak hanya popular di India dan Pakistan, bahkan juga di Iraq, Iran, Afganistan, Bangladesh, muslim dan kalangan penduduk Sri Lanka.

Dari segi sejarah, jenis beras yang paling biasa digunakan dalam penyediaan beriani adalah Beras perang tetapi kini beras beras basmati digunakan secara meluas. Rempah-rempah dan Bahan penyedap yang digunakan dalam beriani adalah minyak sapi , buah pala, cokmar, lada, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, Daun salam, ketumbar, daun pudina, halia, bawang, dan bawang putih

Nasi Briyani sering dibuat semasa hari perkahwinan, rumah terbuka, majlis-majlis keramaian dan banyak lagi. Seiring dengan waktu, pelbagai cara kita dapat lakukan untuk membuat nasi briyani yang lebih sedap. Bagi admin dengan menambah lauk seperti daging serta kuahnya, ia dapat meningkatkan aroma dan selera untuk admin makan. Ayam masak merah atau ayam rempah jugak dapat melazatkan lagi nasi briyani kita.

Okay, sekarang admin akan share resepinya

Bahan-bahan
(UNTUK NASI)
4 ulasbawang putih, dihiris
5 smhalia, dihiris
1 ulasbawang merah, dihiris
2 sudu besarminyak jagung
2 bijibuah pelaga
2 helaibunga cengkih
1 batangkulit kayu manis
2 helaibunga lawang
1 sudu besarMAGGI® CukupRasa™
700 mlair / stok daging
500 mlberas basmati, dicuci dan ditoskan
(UNTUK DAGING)
4 ulasbawang putih, dikisar
5 cmhalia, dikisar
2bawang merah, dikisar
1 sudu besarminyak jagung
1 paketMAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Briyani
¼ cawanair
300 gdaging, direbus
100 gkacang kuda, direbus
100 gkacang dal, direbus
20 gkismis
20 gdaun ketumbar
20 gdaun pudina
3 sudu besar
badam, dihiris nipis 


Cara Memasak
1. Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, dan bunga cengkih ke dalam kuali hingga semuanya berwarna perang.
2. Kemudian masukkan beras dan kacau.
3. Alihkan beras dan bahan tumisan tadi ke dalam periuk nasi elektrik untuk masak.
CARA MEMASAK DAGING
1. Panasnya minyak jagung dan tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah sehingga naik baunya.
2. Kemudian, campurkan MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Briyani, air, daging, kacang kuda dan dal. Biarkan dia mereneh selama 10 minit.
3. Akhir sekali, masukkan kismis, daun ketumbar, daun pudina dan hirisan badam. Biarkan masakan selama 5 minit lagi.
4. Cedukkan separuh daripada nasi yang telah dimasak dan masukkan daging di atas baki nasi di dalam periuk.
5. Kemudian masukkan semula nasi yang diceduk tadi dan panaskan nasi selama 5 minit lagi.
6. Tadaa siap! Dan kacaulah nasi briyani anda sebelum dihidangkan panas.


Terima kasih. Salam Jumaat. Assalamualaikum

Comments