Makanan Dietku (Part2)

Makanan Dietku (Part2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

       Jadi, harini admin akan sambung pasal topik yang dibincangkan pada blog lepas iaitu Diet Pemakanan(kalori). Setiap manusia memerlukakan jumlah kalori yang berbeza mengikut badan seseorang. Bagi seseorang yang mempunyai badan yang besar, jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari adalah lebih banyak dari orang yang bertubuh kecil. Oleh itu, bagi seseorang yang ingin berdiet, mereka haruslah makan tidak melebihi kalori yang diperlukan dalam  badan. Jika terlebih, ini akan menambahkan lemak dalam badan mereka.



       Jika kita mengambil kalori kurang daripada badan kita perlukankan, badan kita dapat melakukan kerja pembakaran lemak dengan lebih cepat. Hal ini kerana, tubuh kita akan membakar makanan-makanan yang kita makan dahulu sebelum membakar lemak. Oleh itu, penting untuk kita makan kurang dari jumlah kalori badan kita perlukan. Selain itu, metabolisma juga memainkan peranan penting dalam penurunun berat badan. Hal ini kerana, kandungan metabolisma yang tinggi akan mempercepatkan penurunan berat badan dan sebaliknya akan memperlambatkan penurunan berat badan seseorang. Biasanya pada usia muda, kandungan metabolisma tinggi dan pada usia tua ia akan sebaliknya. Oleh itu, jika kita masih muda, ia akan memudahkan kita untuk menurunkan berat badan. Kepada yang masih muda, anda masih mempunyai peluang untuk menurunkan berat badan anda. Teruskanlah usaha anda.

       Selain itu, dalam usaha untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan diet seimbang, kita haruslah tahu tentang zat atau kandungan makanan yang kita makan. Berapakah jumlah kalori yang kamu makan? Apakah zat yang terkandung dalam makanan kamu? Berapakah porsi yang kita ambil dalam setiap zat? Semua ini menjadi tanda tanya dan kita seharusnya mengambil tahu semua ni bagi memudahkan kita untuk mengurangkan berat badan dan mengamalkan diet seimbang. 



       Zat ini terbahagi kepada empat iaitu protein, karbohidrat, serat dan lemak. Protein yang dimaksudkan disini adalah zat yang mampu menguat dan menambahkan otot-otot dalam badan kita. Antara makanan yang mengandungi protein adalah telor,ikan, ayam dan sebagainya. Karbo adalah makanan yang memberikan kita tenaga untuk kita melakukan kerja-kerja seharian contohnya nasi, buah-buahan, biskut dan sebagainya. Serat seperti sayur-sayuran, ia mampu menguatkan sistem dalaman badan kita seperti mata, otak dan sebagainya. Dan akhir sekali adalah lemak, lemak mampu mengembalikan suhu badan kita kepada asal jika kita mengalami demam. Tetapi penambahan lemak berlebihan akan menambahkan berat badan kita dan melambatkan sistem kerja dalam badan kita.

       Dengan pengetahuan yang sebergini, InsyaAllah kita mampu melakukan diet yang seimbang dengan lebih mudah dan lebih cepat untuk menurunkan berat badan kita.
Jadi, makanan diet untuk kali adalah:

GRILLED SALMON WITH GARLIC AND HERBS


Cara-Cara
  • 2 keping fillet salmon
  • sedikit garam
  • sedikit lada hitam di tumbuk kasar
  • Lumurkan fillet salmon dengan sedikit garam
  • Taburkan lada hitam di kedua-dua belah ikan
  • Perap dalam peti ais paling kurang 3 jam supaya serap rasanya
  • 1 sudu makan garlic butter
  • 1 sudu besar olive oil
  • Panaskan grill, letakkan garlic butter dan olive oil (minyak zaiton)
  • Letakkan kepingan ikan di atasnya dan panggang
  • Balikkan ikan supaya rata masak di kedua-dua belah
  • Jangan masak lama sangat nanti isi ikan keras


SOS IKAN
  • 1 kiub ikan bilis
  • sedikit lada hitam
  • sedikit daun parsley kering
  • sedikit oregano kering

  • Masak kiub ikan dengan air (angaran 1 1/2 cawan )
  • Bila airnya dan tinggal setengah
  • Masukkan sedikit minyak dari baki yang kita grill ikan tadi anggaran 1 sudu
  • Kemudian masukkan lada hitam, oregano dan parsley
  • Biar ia didih


BAHAN DI MAKAN BERSAMA
  • Baby carot
  • Bunga kubis
  • Broccoli

  • Masak air dan sedikit garam hingga didih
  • Celurkan sayur-sayuran di atas
  • angkat dan toskan
  • Siap untuk di hidangkan bersama grill salmon dan sos ikan


Okay sampai sini sahaja. Goodluck kepada pendiet sekalian

Comments