Aiskrim Choki-Choki

Aiskrim Choki-Choki


Hi there,

      Harini admin nak kongsi sikit resepi aiskrim choki-choki ibu admin. Setiap kali admin balik kolej jer mesti admin makan aiskrim ni.Banyak kali pulak tu. Sedap sangat rasanya. Manis-manis coklat gitu😋😜.

Nostalgia AisKrim Malaysia


      Pasti semua tahu tentang Ais krim Malaysia, Ais Pop-pop. Hahahaha. Semua ini merupakan satu kenangan yang indah pada zaman kanak-kanak kita dahulu. Dijual dengan harga yang murah dan sedap dimakan ketika cuaca panas. Zaman berganti zaman, pelbagai perkara telah banyak berevolusi. Sama juga lah dengan Ais Krim Malaysia. Pelbagai perisa telah dibuat serta penambahan isi-isi baru yang menyedapkan lagi ais krim Malaysia kita. Antaranya ialah:

AisKrim Jeruk

AisKrim Cumi

Aiskrim Gummy Jelly Candy

      Banyak lagi sebenarnya. Boleh dikatakan semuanya sedap-sedap belaka. Admin dah try beberapanya. InysaAllah lepas makan dapat menghilangkan rasa tekak kering lagi-lagi semasa cuaca panas. Tanpa membuang masa mari admin kongsikan resepi Aiskrim Coki-Coki yang sedap.

Aiskrim Coki-Coki yang sedap lagi pekat

Gambar kat atas tu, ibu admin yang buat. Admin makan jer. Hahaha😄
Okay resepinya ialah:

Bahan-Bahan

1. Susu Pekat 1 Tin
2. Susu Cair 1 Tin
3. Coklat Choki-Choki
4. Plastik Aiskrim
5. Tepung Jagung
6. Garam

Cara Buat Aiskrim Choki Choki

1. Didihkan campuran susu cair dan susu pekat didalam periuk
2. Tambah 4 tin air (guna tin kosong tadi)
3. Tambah 1/2 sudu tepung jagung (untuk melebutkan) dan secubit garam (untuk naikkan lemak)
4. Kacau sehingga didih dan matikan api biarkan suhu turun sebentar.
5. Ambil choki-choki 1 batang dan picit coklat masukkan ke dalam plastik aiskrim.
6. Tuang bahan didih tadi ke dalam paket aiskrim.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.


Okay selamat mencuba you all

Comments

  1. Sangat membantulah admin.. kirim salam dekat mak yang buat resepi ni.. Memang terboek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. terima kasih. InsyaAllah admin akan kirim salam

      Delete

Post a Comment