Resepi Ayam Rempah Rangup Special

Assalamualaikum dan salam sejahtera😊, tahun 2017 sudah menghampiri ke penhujungnya. Jadi, sudahkan tercapai cita-cita yang korang idamkan untuk tahun 2017 ini? Kalau belum tu, it okay. Untuk tahun 2018 ni cubalah yang terbaik untuk capai cita-cita korang tu.

Untuk meraikan tahun baru ni, admin nak belanja sikit resepi untuk korang semua iaitu Ayam Rempah Rangup Special.





              Resepi Ayam Rempah Rangup Special


  • Bahan-bahan
  1.  Seekor ayam dipotong kecil atau mengikut kusukaan anda.(dibersih dan disalut dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir)
  2. 7 batang serai!!
  3. 2 biji bawang besar!!
  4. 6 ulas bawang putih!!
  5. 2 inci halia!!
  6. 2 sudu besar rempah kari ayam
  7. 1 biji telor (dipukul dahulu didalam bekas)
  8. kunyit
  9. 1 sudu gula
  10. 3 sudu besar tepung jagung
  11. 3 sudu kfc garam bukit(guna garam putih pun boleh)
  12. 1 sudu besar cili kisar
  13. 1 1/2 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  14. 1 1/2 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  15. 2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
  16. 1 sudu besar cili kisar

  • Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan setelah disalut dengan tepung gandum.
  2. Semua bahan yang bertanda !! dikisar dengan sedikit air, kisar hingga serai hancur, kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur.
  3. Dalam bekas satukan semuanya bahan rempah. Telor, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari. Tambah garam dan sedikit gula. Rasala sikit atau agak2 ye rasanya. Kemudian masukkan potongan ayam. Gaul sehingga sebati. Peram selama satu jam atau lebih.
  4. Biarkan ayam tersebut selama satu jam dan keatas.If lama sangat, simpan dalam peti ais.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan ayam.


Selamat Mencuba 😃😄




Comments