Roti Bakar Cheese

Roti Bakar Cheese

       Dihari Jumaat yang indah ini, admin nak share sikit cara-cara membuat Roti Bakar Cheese yang admin dah try dirumah. Roti Bakar Cheese ni sangat mudah dibuat. Orang-orang yang bujang mcm admin ni boleh lah try buat. Kenyang pon kenyang. Banyak benda sebenarnya yang kita boleh  buat dengan roti. Hanya kita sahaja yang perlu kretif dalam membuatnya. Ingat, kita yang buat mereka, bukan mereka buat kita. hahahaaaha ngarut. Antaranya ialah:

Roti Sosej Cheese

Roti John Cheese

Roti Golok

       Hahahha. Memang banyak sebenarnya makanan yang hanya berasaskan roti. Lagi-lagi bila kita menjadi lebih kreatif. Okay mari kita proceed kepada Roti Bakar Cheese kita.

Sedap, lembut dan wauu huhuhu




Bahan-bahan:

1. 2 keping roti
2. Cheese mozarella
3. Cheese Cheddar
4. Telur (jika mahu)
5. Planta


Cara Membuat:

1. Sapukan planta diatas kuali. Panaskan kuali sedikit. Biarkan selama 2minit
2. Sapukan Cheese Cheddar diatas sekeping roti.
3. Letakkan roti tersebut diatas kuali yang telah dipanaskan tadi.
4. Jika mahu menambah telur. Pecahkan telur diatas roti yang disapu dengan Cheddar.
5. Taburkan Cheese Mozarella diatas roti tersebut dan letakkan roti yang kedua diatas roti tersebut(bakar dahulu roti yang kedua itu).

Okay, selamat mencuba yaa. Hope terus sihat sejahtera.

Comments