Resepi Budu

Resepi Budu

Hai semua,
       Selamat tahun baru admin ucapkan kepada semua. Semoga tahun ni menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Jangan berhenti berharap meskipun tahun sudah berganti. Kerana itu mampu mengukir kenangan yang indah untuk kita. 

       Sebelum menyambut tahu baru 2018, admin ada mengorder budu dari kawan admin from kelantan. Dengan harga yang berpatutan iaitu RM5. Admin dapat merasa air tangan orang Kelantan. Rasanya memang lain macam. Hahahaha. Biasalah baru try. Sebelum kepada resepi, admin akan share sikit pengenalan tentang budu. Okay, budu adalah sejenis makanan yang berasal dari Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu dibuat dari ikan bilis dan beberapa bahan lain dan dijeruk mengikut masa yang ditetapkan. Kebanyakkan orang Timur sangat menyukai makanan ini. Hal ini kerana, mereka telah disuap dengan budu sejak kecil lagi. Rasa budu sangatlah special dari rasa makanan yang lainn.


-budu yang admin makan-

Kebaikan Budu
       
       Budu mempunyai kebaikan yang tersendiri, iaitu dapat meningkatkan dan menguatkan sel-sel otak serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Oleh iti pengambilan budu sangatlah baik kepada yang bergelar pelajar kerana ia akan membantu dalam pelajaran. Kajian menunjukkan bahawa pengambila sebanyak 150gm sehari selama 2minggu juga mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan kita. Selain itu, serat yang ada dalam budu lebih mudah tecerna dari ikan-ikan dan sumber protein yang lain. Budu selalu dimakan bersam nasi ketika makan tengahari dan malam. Kebanyakkan orang Timur tidak lengkap makanan tanpa budu. Hahahaha. Kesimpulannya budu adalah seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.




-Kawan admin from Kelate-

Bahan-bahan
  1. 1 kg ikan bilis
  2. Garam kasar
  3. Segenggam asam jawa (isi sahaja)
  4. Gula melaka/ Manisan
  5. Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Tos dan bersihkan ikan bilis
  2. Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
  3. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  4. Masukkan gula melakan dan gaul sehingga rata
  5. Taburkan kan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam. Isi air hingga penuh.
  6. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.
  7. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Boleh juga dikacau untuk hancurkannya. Tapi ada yang kata jemur panas cepat hancur juga (boleh cuba)
  8. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan dalam peti sejuk.

#petua: sukatannya ikut gelas yang digunakan, kalau 3 gelas bilis,1 gelas garam

Comments

  1. kalau xmau guna ikan bilis boleh dak admin....ikan bilis mahal la lani ^_^'

    ReplyDelete
  2. ikan pari boleh kot En Razif

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment