Makanan Dietku

Makanan Dietku
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

       Harini admin sangat gembira kerana admin telah berjumpa dengan seorang coach muda. Beliau bukannya seorang coach bola sepak atau netball or something. Tapi beliau adalah seorang coach Diet pemakanan. Hahahaha. Korang tahu apa tu Diet pemakanan?
Diet pemakanan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk menjana kekuatan pada tubuh badan . Nama beliau adalah, En Zul Zamri Bin Azam. Apa yang admin dapat daripada beliau adalah pemakanan ketika berdiet. Bagi orang yang mempunyai berat badan berlebihan, mereka sangat mahukan tubuh mereka kembali kepada bentuk yang slim or shape kembali.



       So, first thing untuk mendapatkan berat badan yang normal kita mestilah memulainya dengan pemakanan. Kita tidak boleh terus kepada aktiviti fizikal yang memerlukan banyak tenaga untuk digunakan contohnya push up, lari 1km dan sebagainya. Pemakanan adalah penting untuk mendapatkan berat yang normal. Jika kita melakukan larian 1km selama 30min kita sudah membakar lebih kurang dalam 400 kalori. Tetapi jika selepas larian, kita singgah kedai mamak dan makan nasi kandar, roti canai dan air teh ais, ianya telah menjadi lemak dan ofcourse larian kita yang sebelum ini hanyalah sia-sia. Jadi untuk mendapatkan berat badan yang normal kita mestilah bermula dengan Diet Yang Seimbang.


       Kita haruslah faham tentang diet seimbang ini, diet bukanlah kita harus berlapar seharian. Itu dah menyamai dengan puasa. Kita still boleh makan tetapi dalam porsi yang kecil dan mempunyai zat-zat yang diperlukan dalam badan. Pengambilan makanan haruslah dikawal supaya tidak melebihi  kalori yang diperlukan dalam badan. Oleh itu kita haruslah tahu berapa banyak kalori yang kita perlukan dalam badan kita.

       Jadi, untuk mengetahui Kalori Dalam Badan, kita boleh menggunakan app yang boleh didapati di App Store or Playstore iaitu MyFitnessPal. App ini dapat mengira kalori yang diperlukan dalam badan kita. Kita juga boleh meletakkan menu-menu makanan yang kita makan supaya kita tahu berapa banyak kalori makanan yang kita ambil. Dengan ini ia akan lebih memudahkan kita untuk berdiet.

       So, admin dah cerita banyak pasal kalori harini. Admin akan sambung pada blog yang berikutnya. Tapi sebelum itu, admin akan share resepi diet yang bagus untuk semua orang yang berdiet.

Ayam Brokoli 


Bahan-bahan:
  • 1 buah brokoli ukuran sedang, rendam dalam air garam dan potong-potong
  • 1 buah dada ayam tanpa lemak, potong dadu
  • 2 siung bawang putih, cincang halus
  • 1 buah bawang bombay, cincang
  • 1/2 sdt merica bubuk atau lada hitam
  • 2 buah cabai rawit
  • 1/2 sdt garam
  • 1 sdm saus tiram
  • 1 sdm minyak zaitun untuk menumis
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga layu.
  2. Masukkan dada ayam, tumis hingga berubah warna. Tuang sedikit air.
  3. Masukkan cabai rawit, merica/lada hitam, garam, saus tiram dan brokoli. Tumis hingga tercampur rata dan brokoli matang.
  4. Siap sajikan dengan segelas air putih dan 1 buah pir segar.
Jumlah Kalori: 257 kcl       Selamat Mencuba dan Berdiet Ya

Comments