Makanan Dietku(Final)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
31 March 2018, Makanan Dietku telah menjadi tajuk yang sangat panjang dibincangkan dalam blog admin. Tajuk ini menceritakan tentang diet yang admin pernah lakukan dahulu. Dalam masa yang sama Admin juga berkongsi resepi-resepi untuk para pengdiet. Untuk post yang terakhir bagi tajuk ini, kita akan membincangkan senamam-senaman yang berkesan semasa berdiet.
Selain menjaga pemakanan, senaman juga merupakan perkara yang penting bagi menurunkan berat badan kita. Hal ini kerana, senaman dapat membakar lemak-lemak yang dalam badan kita.Antara senaman yang admin lakukan adalah senaman HIIT Workout (High Intencity Interval Training). Senaman ini hanya sekejap sahaja dilakukan iaitu 4-10 minit kerana rehatnya pon hanya sekejap sahaja. Antara senaman yang kita boleh lakukan adalah:-
- Set 1; Squat, Burpees, Push Ups, Sprint 20m
- Set 2; Mountain Runners, Race Block, Side Winders, Sprint 20m
- Set 3; Jumping Jack, Lunges, Froggers, Sprint 20m
Senaman ini sangat membantu dalam menurunkan berat badan. Badan kita akan membakar lemak dengan cepat apabila melakukan senaman ini. Hal ini kerana, senaman yang kita lakukan akan mempercepatkan denyutan jantung kita dengan masa yang singkat. Selepas melakukan senaman ini, badan kita akan still membakar lemak dalam masa 1-3 jam. Setiap minggu kita boleh melakukan 4-5 kali senaman. InsyaAllah berat kita akan menurun dengan cepat. Admin juga jogging setiap petang dengan rakan-rakan Admin. Alhamdulillah turun jugak berat Admin.
Jadi, kepada sesiapa yang ingin berdiet. Kuatkanlah azam korang dan niatkan di dalam diri korang untuk berubah menjadi yang lebih baik. Percayalah, permulaan bagi memulakan diet sangatlah sukar. Tapi jangan risau, makin lama akan menjadi lebih mudah. Teruskan lah untuk berfikir positif. Jika dalam seminggu berat tidak turun jangan lah menyerah, periksa semula jadual kandungan diet kita. Perbaiki semula dimana yang tersilap. Kita manusia, melakukan kesilapan merupakan perkara biasa. Belajarlah dari kesilapan, dan insyaAllah kita akan menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
Jadi sampai disini sahaja post Makanan Dietku buat kali. Harap korang semua dapat menerima perkongsiaan yang admin kongsikan di blog admin ini. Okay, sebelum mengakhiri post kali ini admin akan kongsi makanan yang sedap untuk para pengdiet.
Chiken Chop Sos Lada Hitam
Ayam Grill
- Ayam diperap dengan lada hitam dan lada sulah ,garam sikit , paprika , olive oil (jika tak ada olive oil , boleh guna minyak masak biasa)
- Peram 2 jam atau sehari . Then grill dlm magic pan (atau apa jer peralatan yang ada...)
Resipi sos
- Tumis bawang putih sikit sampai perang
- Masukkan mayonis (boleh juga guna kewpie)
- Air sikit ikut nak pekat mana
- Bawang besar sikit potong dadu
- Jangan lupa lada hitam hihi
- Last sekali masuk sekeping cheese
- Garam secukup rasa.
- Then terus siram atas ayam grill tu.
Itu sahaja perkongsian dari Admin. Semoga bermanfaat bagi semua. Jumpa di next post. Assalamualaikum
Comments
Post a Comment