Makanan Dietku(Part3)

Makanan Dietku(Part3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

       Untuk harini admin akan sambung cerita pada blog lepas iaitu pengambilan zat makanan. Seperti yang kita tahu, makanan yang kita ambil merupakan faktor kepada tubuh badan kita untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Oleh itu, kita haruslah tahu zat makanan yang kita ambil. Jika kita mengambil nasi pada setiap waktu makan kita iaitu pagi, tengahari, dan malam kita haruslah mengurang kan jumlah nasi yang kita ambil. Hal ini kerana, nasi adalah karbo dan jika kita terlebih mengambil karbo ianya akan bertukar menjadi lemak.

pengambilan nasi adalah 1/4 sahaja

       Dari apa yang coach belajar, diet terbahagi kepada dua iaitu Diet Kalori dan Diet Atkin. Dua-dua diet ini sangat membantu dalam penurunan berat badan tetapi mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Diet kalori adalah diet dimana pengdiet boleh mengambil semua zat makanan seperti rajah diatas tetapi mengikut porsi yang ditentukan. Diet kalori adalah diet yang seimbang  tetapi agak lambat untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana, kita masih mengabil karbo dan lemak. Badan kita akan mengambil masa yang lama untuk membakar kedua-dua zat itu. Untuk melakukan diet ini, kita haruslah mengira jumlah kalori yang diperlukan dalam badan kita dan mengambil kurang daripada badan kita perlukan. 

Contoh rajah diatas, badan kita memerlukan total 2000kcal dalam sehari. Pengambilan kalori sebanyak 1630kcal akan mempercepatkan tubuh kita untuk membakar lemak. 

       Jadi seperti biasa, sebelum mengakhiri blog kali ini admin akan share satu resepi yang baik dan bagus untukk diambil oleh pengdiet sekalian.

Ayam Panggang Yogurt


Bahan-bahan

1 porsi
  • 200 gram fillet dada ayam (tanpa lemak)
  • 1 sdm plain yogurt (tanpa lemak)
  • seujung sdt pala
  • seujung sdt merica
  • 2 siung bawang putih (geprek)
  • secukupnya selada
  • secukupnya wortel
  • secukupnya buncis
  • 2 buah cabe
  • 1 batang daun bawang

Langkah
  • Siapkan bahan-bahan
  • Lumuri fillet dada ayam dengan yogurt, pala, merica, dan bawang putih. Biarkan 15minit atau lebih lama agar bumbu meresap
  • Setelah bumbu meresap, panggang ayam pada teflon hingga bewarna kecoklatan lalu angkat
  • Taburi ayam dengan cabe dan daun bawang(bila suka)
  • Sajikan dengan bahan pelengkap berupa wortel, buncis dan selada
    1. Selamat mencuba. Jumpa di blog akan datang😊😊

30 menit





       

Comments