Makanan Dietku(Part3)

Makanan Dietku(Part3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

      So, di blog yang lepas admin telah bercerita sedikit tentang Diet Kalori. Jadi kali ini admin akan bercerita pula tentang Diet Atkins. Diet Atkins telah direka oleh Dr Robert C. Atkins. Diet ni klau admin nak cerita semua memang panjang lah sebabnya dia ada step-step yang panjang. So, admin akan ringkaskan seringkas-ringkasnya apa yang admin tahu. Diet atkin adalah dimana pengdiet ditegaskan untuk tidak mengambil dan mengurangkan mana-mana jenis karbo contohnya nasi,mi, kentang, gula dan sebagainya. Hal ini kerana, dengan tidak mengambil karbo badan kita akan lebih cepat membakar lemak dalam badan. Dengan ini, ia aka memudahkan setiap pengdiet untuk menurunkan berat dengan lebih cepat.


       Diet atkins terbahagi kepada empat fasa iaitu:
  • Induction
  • Ongoing Weight Loss
  • Pre-Maintenance
  • Lifetime Maintenance
       Apa bendalahkan yang admin merepek ni. Hahahahaha. Tapi ini serius memang ada empat fasa bagi Diet Atkins ini. So, Fasa Induction adalah dimana pengdiet diharamkan mengambil sebarang karbo seperti yang dinyatakan dalam rajah di atas. Pedihkan, hahahahaha. Bukan senang orang Malaysia untuk meninggalkan nasi putih. Itulah sebabnya azam kita kena kuat dan banyakkan bersabar dengan orang-orang disekeliling kita. Fasa Ongoing Weight Loss ialah fasa dimana pengdiet boleh menambahkan sedikit karbo ringan dalam makanan seperti kekacang, tomato, limau dan sebagainya tanpa meningkatkan berat badan badan kita. Fasa Pre-Maintenance pengdiet boleh menambahkan lagi karbo-karbo ringan sebanyak 50-70g. Yang terakhir adalah fasa empat iaitu Fasa Lifetime Maintenance. Di fasa ini pengdiet perlu tahu jumlah karbo yang boleh diambil oleh diri masing-masing. Contohnya jika ambil 100g karbo dan berat naik, maka kita perlu kurangkan beberapa gram karbo yang kita ambil.

Boleh try semua ni. Taklah boring sangat diet kita


        Kita masih belum habis sembang pasal Diet Atkins. Di blog yang seterusnya admin akan share perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan ketika diet atkins. Okay bagi mengakhiri blog kali ini, adminakan share sikit makanana untuk para pengdiet Atkins. HIHIHIii

Ayam Kukus Halia Bergajus

Bahan-bahan
  • dada ayam dibuang kulit
  • bawang putih dihiris halus
  • bawang merah dihiris nipis
  • brokoli
  • kubis bunga
  • cendawan
  • serai dihiris halus
  • gajus
  • cili benggala
  • garam dan lada
Cara Membuat
  • gaulkan ayam dengan garam dan lada
  • tabur semua bahan keatas ayam
  • kukus selama 15 minit
Selamat mencuba yaa. Jumpa diblog akan datang

Comments