Makanan Dietku(Part4)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jadi kali ini admin akan sambung bercerita tentang tajuk Diet Atkins. Kali ini adalah tentang perkara -perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan ketika berdiet atkins. Dalam berdiet kita perlu ikut betul-betul syarat-syarat yang boleh dan tidak boleh dilakukakan ketika berdiet. Hal ini kerana, ia akan menjadi sebab menjadi atau tidak diet kita.
Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan
- Minum air masak secukupnya. Jangan biarkan diri dahaga.
- Makan 3 kali sehari(porsi biasa). Jangan biarkan diri kelaparan.
- Berhati-hati dengan makanan diproses di kilang. Biasanya mempunyai gula dan karbo tinggi. Baca label untuk mengetahui kanduangan.
- Jangan makan makanan yang tidak dibenarkan(fasa satu).
- Berhati-hati dengan makanan yang berkuah kerana mempunyai tepung dan gula yang tinggi. Ambil sedikit sahaja.
- Jangan letakkan gula pada makanan digoreng,panggang, dan sebagainya.
- kurangkan ambil makanan yang diproses seperti sosej, burger dan sebagainya.
- Makan sebelum pukul 8 malam.
- Kurangkan ambil buah-buahan. Boleh ambil sekadar snek waktu petang.
- Lakukan senaman. Bakar lemak dalam badan dengan lebih cepat
- Ambil breakfast diwaktu pagi(wajib)
- Jangan minum air yang lain dari air kosong(0 kcal)
Fahami dahulu
Dalam mengamalkan diet, kita haruslah sentiasa bersabar dengan apa yang ada di sekeliling kita. Hal ini kerana, ramai pengdiet yang stop diet mereka di tengah jalan. Berputus asa kerana tergoda dengan hal-hal yang berlaku di sekeliling kita. Contohnya, dijemput ke kenduri kawen dan telah makan makanan yang tidak sepatutnya kita makan. Kesian kan. Huhuhuhuhu. Jadi semoga yang berdiet tu mohon bertabah dan sentiasa bersabar dengan dugaan yang korang hadapi.
Jadi sebelum mengakhiri blog kali ini, admin akan share dahulu makanan untuk para diet-diet macam kalian
Ayam Panggang Rempah Kari
Bahan-Bahan
- isi ayam dibasuh dan dibuang kulit
- kunyit dan garam
- cili kering kisar
- rempah kari
- daun kari
- halia
Cara Memasak
- gaul isi ayam dengan kunyit dan garam
- masuk satu sudu besar cili kering kisar
- gaul bersama halia dan serbuk kari
- taburkan daun kari
- panggang di atas pemanggang atau pun magic pan selama 10 minit
Okay, admin akhiri sampai sini sahaja. Jumpa di blog akan datang. byee
Comments
Post a Comment