Resepi Rendang Tok

Resepi Rendang Tok

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

       Kuih raya dimakan Sang Raja,
Makan bersama ketupat Mama,
    Alangkah indah jika kita bersama,
Makan rendang dengan si Dia.

       Okay, jadi harini  admin akan share sikit tentang resepi Rendang Tok. Pasti korang semua tertanya-tanya kan apa tu Rendang Tok? Kenapa tak rendang ayam ke? Rendang Daging ke? Hahahaha😄. Semalam admin ada makan sedikit Rendang Tok ni. Kawan admin beli dari kampungnya yang berada di Taiping, Perak. Seriusly, memang betul-betul sedap. Sebelum ni admin ada dengar-dengar saja nama Rendang Tok ni. Tak sangka sedap betul. Erm. apa cerita dengan Rendang Tok ni?

Bukan sekadar sedap, ia juga menyelerakan hingga menjilat jari

       Rendang Tok ini merupakan rendang turun temurun dari zaman nenek moyang kita. Rendang ini berasal dari negeri Perak dan tidak dinafikan ianya telah terkenal dipelusuk negeri-negeri yang lain. Rendang ini mempunyai specialnya yang tersendiri iaitu warna hitamnya lebih pekat dari rendang-rendang yang biasa. Portion-portionnya juga  dipotong dalam bentuk kotak-kotak(berbentuk dadu) dan isi kelapanya dipotong kecil dan digoreng.
Oleh itu, ia mempunyai rasa yang unik dan lain daripada rendang-rendang yang lain. Rendang ini juga menggunakan rempah dan bahan tradisional tanpa campuran bahan pengawet dan perasa tiruan.

       Nama 'Rendang Tok' diberikan kepada rendang ini kerana orang tua dahulu telah membuat rendang ini bersama. Masakan Rendang Tok masih menggunakan kaedah yang sama iaitu dimasak diatas dapur kayu. Rendang Tok mendapat perhatian ramai dan telah mendapat review yang positif dari pelanggan pelanggan mereka. 

Pekat, hitam and rasa yang sangat sedap

       Rendang Tok mendapat perhatian ramai pada hari-hari yang special iaitu Hari Raya Aidilfitri, ofcourse tak lengkap raya anda tanpa rendang dan ketupat kan. Pada Hari Raya Aidilfitri, Rendang Tok mendapat permintaan yang sangat ramai dari Sabah hingga ke Melaka. Ada yang telah menempah sebelum masuk hari raya puasa lagi. Hebatkan, hahahaha. Seperti Hari Raya Aidilfitri, semasa perkahwinan juga terdapat ramai yang menempah rendang ini. Sudah jelas lagi bersuluh Rendang Tok ini semestinya sedap sehingga menjilat jari. 

       Rendang mempunyai khasiat yang tersendiri, jangan sangka  makanan sedap sebergini tidak mempunyai kebaikan kepada pemakannya. First khasiatnya ialah, menunjang aktifitas tubuh. Kandungan kalori yang ada pada rendang dapat digunakan untuk kita melakukan aktiviti seharian tanpa merasa lelah. Yang kedua, ianya juga menjaga kesihatan otak kita. Kandungan forfor yang ada pada rendang boleh membantu otak kita agar menjalankan fungsinya dengan baik. For the last one, ianya juga menguatkan tulang dalam badan kita. Kandungan rendang dipercayai mampu menguatkan struktur tulang kita.

Okay tanpa melengah-lengahkan masa lagi, admin akan kongsi resepi sedikit tentang cara-cara membuat rendang ala-ala Rendang Tok. 

BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

*Ada rendang jenis kering , ada pula rendang jenis berkuah apa pun yang penting adalah rasanya.

Okay, selamat mencuba yaa. Hihihihi.



Comments